Welcome To My Paradise !! Budak Comeii || Follow or Dashboard
jc awwwsemm blog's
About Tagboard Entries

Segmen Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak-kanak by Dalila Samsudin
18 Mac 2012 | 6:25 PG | 5 comments
*click untuk join

kisah zaman kanak-kanak?
ermm.. tak lah best sangat

disebabkan aku ni duduk kampung jadi mainan nya semua benda yang pelik-pelik.
dulu aku dengan kawan-kawan aku selalu main batu bata dekat belakang rumah aku.
batu bata tu tak digunakan dah. 
so aku dengan kawan-kawan aku mainlah.
tiap-tiap hari kitaorang tukar susunan batu batu tu.
kadang-kadang jadi restoran, kadang-kadang jadi pejabat, kadang-kadang jadi bas.
banyak susun dari main sebenarnya. tapi seronok.

pas tu bila jiran sebelah korek parit ke, buat kolam ke, mesti kitaorang main dekat situ.
zaman kecik-kecik tu tak ada tanah liat.
so, gunalah tanah parit tu sebagai tanah liat.
buat lah apa-apa pun.
biasanya aku buat kamera digital.
pas tu jual.
>adakah aku bakal bisneswomen yang berjaya?<
kadang-kadang buat kuih.
kuih feveret ialah karipap.
huh! susah nak buat.

pas tu ada musim main 'jalan raya'.
halaman rumah aku besar. 
pas tu konon-kononnya ada lampu isyarat.
sekejab-sekejab berhenti.
pas tu siap ada stesen minyak lagi.
time tu stesen minyak ada dekat ampaian.
bank pun ada. kad pokok durian depan rumah aku.
dulu pokok tu kecik lagi. boleh ambik daun dia.
tapi sekarang... dah tinggi.
pas tu ada jalan dalam lah.

pas tu bila dah besar sikit.
dalam umur 7-8 tahun.
aku dengan kawan aku pernah main 'kahwin-kahwin'.
tapi bukan aku yang kahwin.
member aku. sorang laki sorang pompuan.
padan sangat lah tu.
aku cuma jadi mak andam aje.
siap buat tiara lagi.
huh! hebatnya aku>poyo<

permainan last yang aku main adalah panggang kepala ikan haruan.
time tu aku form 2 nak masuk form 3.
sebenarnya aku nak temankan sepupu-sepupu aku main aje.
tapi last-last termain sekali.
tapi shok!
mak sedara aku siap tanya lagi.
ni nak makan betul-betul ke?
ish..ish..ish..
ikan haruan tu mak aku yang pancing.
pas tu aku ambik lah kepala dia.
hah! ikan puyu pun ada.
aku yang tangkap tau!
hebat tak aku?
aku tangkap dekat balang besar belakang rumah aku. haha.
senang aje. kat situ memang tempat pengumpulan ikan puyu.
huhu

sekian. tamat sudah. 
mungkin cerita aku ni berbeza 'banyak' dari korang punya story.
biasalah... aku kan 'Kampung Girl Sungai Manik'.

maaf penggunaan aku kepada yang lebih tua.
tak sopan betul aku ni.

Older Post | Newer Post